Thursday, August 13, 2009

SOLO RABBANI MENINGGAL DUNIA

Allahyarham MOHAMAD ASRI IBRAHIM, 40 Tahun.


saya terkejut mendengar berita kematian ketua kumpulan rabbani Allahyarham Mohamad Asri Ibrahim, 40 tahun di hospital pantai kual lumpur pagi tadi kira2 jam 11 pagi. sebelum itu Allahyarham telah mengadu sakit2 dan muntah pagi subuh tadi tapi Allahyarham hanya mengambil susu madu dan limau bagi melegahkan sedikit kesakitan yang di alaminya itu.

selepasa itu Allahyarham pergi ke RTM bagi menneruskan rakaman sempena tanyangan bulan ramadhan kelak, Allahyarham telah jatuh pengsan ketika rakaman di jalankan, lalu di bawah ke hospital bagi mendapat rawatan, setibanya di sana doktor mngesahkan bahawa Allahyarham telah meninggal dunia.


(sumber dari malaysia kini)



-ASRI RABBANI-

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."


Al Fatihah..semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di tempat orang yang beriman..amin.

Wednesday, August 12, 2009

Syaban Bulan Persiapan




Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”


(Riwayat al-Bukhari)

Cara Memakai Tudung Yang Sempurna


wahai kaum wanita labuh kan tudung mengikut kehendak hukum syarak, kerna setiap aurat mu akan di hisab di hari pembalasan nanti..

Untuk Mu Pejuang Islam


seuntai kurma di kala berbuka,
zinnirah, muslimat sejati,
biar terseksa tak berhenti berjuang,
tuhan hanyalah Allah,
kau jadikan sumber inspirasi perjuangan,
amanah perjuangan,
tanpa mengenal erti letih dan putus asa,
tanpa runggutan, tanpa sunggutan,
kau tunaikan tanpa tangguh ikhlas,
biar tanpa ganjaran, tanpa habuan,
kau sematkan di hati,

nekad,
biar mehna kunjung tak henti,
ujian datang silih berganti,
pancaroba selalu di datangi,
kau tak pernah gentar,
umurmu, fikirmu, hartamu, dirimu,
kau korbankan hanya untuk islam,
tinggi kembaramu ke langit,
akhlakmu menyenari taman hati,
wajah sejernih berwudhu,

kau pejuang,
tak bisa mengenal erti penat dan jemu,
kau hadapi mehna dengan kesabaran,
kau terus melangkah,
tidak kau undur walau selangkah,
tegas dengan iman di hati.

Tabligh : istilah Taskeel


Fatwa Ulama:
Oleh Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.

Istilah, 'Tashkeel' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangkamasa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dsbnya. Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dsbnya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Shari’ah, tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Shari’ah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Shari’ah..
Dan Allah Maha Mengetahui.
(Mufti Ebrahim Desai, FATWA DEPT, Jawapan No. 2611)

Mereka berkata: Orang-orang Tabligh membuat bida’ah berupa keluar di jalan Allah secara berjemaah dan membatasi masa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.

Kami katakan: Sesungguhnya keluar untuk memperbaiki diri adalah seperti keluar untuk menuntut ilmu dan hidayah. Juga seperti keluar untuk mendakwah manusia kepada Allah dan mengajar mereka hal-hal yang bermenafaat di dunia dan akhirat. Semuanya itu adalah keluar di Jalan Allah, apabila di landasi niat yang benar dan untuk mengapai redho Allah Ta’ala, bukan untuk memperolehi harta dan penghormatan atau untuk hiburan, permainan dan kebatilan. Adalah termasuk kelakuan bodoh atau pura-pura bodoh apabila ada orang yang mengingkari keluarnya Jemaah Tabligh untuk kepentingan hidayah bagi manusia, mengajar mereka, memperbaiki diri mereka dan mendidik rohani mereka. Padahal Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) bersabda, “Satu petang atau satu pagi keluar di jalan Allah, lebih baik daripada mendapatkan dunia dan segala isinya. Juga sabda Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam), “Barangsaiapa mendatangi masjid ini, semata-mata untuk kebaikan yang ia ajarkan atau ia pelajari, laksana mujahid fi sabilillah.” Dan banyak lagi hadith sahih dan hassan yang mengajarkan dan memberi semangat untuk keluar di Jalan Allah. Alangkah ajaibnya perkataan mereka bahawa keluarnya Jemaah Tabligh adalah bida’ah! Dan lebih ajaib lagi mereka berhujah terhadap “keluar fi sabilillah secara berjemaah adalah bida’ah” dengan jangkaan mereka bahawa Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) mengirimkan Mu'az (radiyalaahu anhu) ke Yaman sendirian saja dan tidak berjemaah. Mereka lupa atau tidak tahu bahawa Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) tidak mengirimkan Mu'az (radiyalaahu anhu) sendirian tetapi mengirimkan Abu Musa Al Asy’ary (radiyalaahu anhu) bersamanya. Baginda (sallalaahu alayhi wasalam) bersabda kepada keduanya, “Gembirakanlah mereka dan jangan kalian buat mereka lari. Mudahkan mereka dan jangan kalian persulit. Bertolong-tolonglah kalian dan jangan berselisih.” Juga beliau mengirimkan Ali bin Abi Talib dan Khalid bin Sa’id bin al Ash (radiyalaahu anhuma). Bersama mereka baginda (sallalaahu alayhi wasalam) mengirimkan rombongan besar untuk dakwah, ta’leem dan memutuskan perkara diantara manusia.

Tentang pembatasan masa keluar yang mereka katakana sebagai Bidaah, adalah peraturan dakwah sebagaimana peraturan sekolah dan universiti yang mengenal batasan masa belajar dan kerehatan, untuk menyiapkan bekal dan perbelanjaan selama masa keluar. Apakah dengan demikian, orang-orang Tabligh dianggap membuat bida’ah kerena mereka mengatur hari-hari untuk kepentingan dan khuruj fi sabilillah (keluar di jalan Allah)? Subhanallah!
Mereka yang mengatakan demikian seperti yang dikatakan di dalam syair “Pandangan ridho/senang selalu tumpul terhadap setiap aib, sedang pandangan benci selalu membongkar keburukan.”
Apakah yang menyebabkan kemarahan kalian, wahai hamba-hamba Allah!?
Seorang hamba Allah, mendakwah manusia pada Allah Ta’ala, kemudian dia mendapat keredhaan untuk dirinya dan saudara-saudaranya yang ia dakwah. Jiwa mereka menjadi suci, hati mereka menjadi bersih dan akhlak mereka menjadi mulia disebabkan mereka selalu mengucapkan kata-kata yang baik dan melakukan amal-amal yang soleh.
Apakah yang menyebabkan kalian marah, wahai hamba-hamba Allah!? Semoga Allah sentiasa menjaga kita. Kami tidak dapat mengatakan bahawa dalam Jemaah Tabligh ada sesuatu yang dapat di anggap sebagai penghalang manusia dari Jalan Allah. Alhamdulillah.

Ditulis oleh Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy
Guru Besar di Masjid Nabawi dan Universiti Madinah Al-Munawarrah
Dipetik dari buku “Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh"

Download Nasyid From MyNasyidOnline

By Groups:
ADIKKU SAYANG ADI PUTRA AEMAN (أيمن) AHMED BUKHATIR (أحمد بخاطر)AKADEMI NASYID  AKBAR  AKHIL HAYY  ALARM ME ALGEBRA  ●AL-JAWAHER (الجواهر) AL-MIZAN (الميزان) ALL ONE  ALL FOR UMMAH  ●ALIFF ILA YA (ألف إلى ياء) AL-ANWAR (الأنوار)AL-WADI (AL-AZHAR STUDENTS, EGYPT)   AMAL AMAR  AMIEN  AS-SHOFF (AL-AZHAR UNIVERSITY' STUDENTS, EGYPT)  AN-NAURAH (النورة) AURA BROTHERS  CHEB ALI  ●DA'IE NADA  ●DALIDA (Arab Singer)  DEVOTEES DE HEARTY DIWANI DJ ErwanDMENC DURANI EXIST FAR EAST FAIRUZ (Arab Singer) FIRDAUS (فردوس) HADDAD ALWI & SULIS HAFIZ HAMIDUNHAIKAL (هيكل)  HIJJAZ (حجازIMAD  INTEAM IRA IRSYADEE JEFRI AL BUCHORI KOPRATASA LA KHAUF (لا خوف)   MAWADDAH (مودةMAWI   MESTICA  MESUT KURTIS (مسعود كرتس)  MARSHANDA MIRWANA  MU'ADZ (معاذ) MUSTIKA MUHAMMAD AL-HUSAYAN (الحسيان)  NADA MURNI (AL-ARQAM)  NADA MURNI - Nostalgia  NAFAS NAZREY (Ex-RAIHAN) NATIVE DEEN  NETTA KD & DANIL  NEW SAKHA NICE NOW SEE HEART NUR IRSYAD (نور إرشادOPICK QATRUNADA (قطر الندى) RABBANI (رباني)  RAIHAN (ريحانRAST  RUSYDAN SAFF ONE SAMI YUSUF SAUJANA   SHOUTUL AMAL  SNADA  SOUTUL MUJAHIDEEN (صوت المجاهدين) STAR FIVE SUARA FIRDAUS SUARA HATI  SUARA TAJDID  SUHAIMI SYIFA (شفاءUNGU  UNIC WADI EL-JADID  WAHEEDA  WARISAN  WILDAN  YASMIN AL-KHAYYAM  (ياسمين الخيامYASIN YUSUF ISLAM  (يوسف إسلامZAHRAN ZAIN BIKHA  ZIKRAA (ذكرى) ZUBIR ALI  ZULFAN OTHERS

By Themes:
HARI GURU  RAMADHAN (رمضان)  RAMADHAN 2 (رمضان)

Arab:
AMRU DIAB (عمرو دياب) HISHAM ABBAS (هشام عباس) PASCALE MASYALANI (بسكال مشعلاني) NAJWA KARAM (نجوى كرم) DIANA HADDAD (ديانا حداد) FIRQAH THUYUUR AL-JANNAH (فرقة طيور الجنة ) RAMY GAMAL   DANYA YUSOF (دانيا يوسف)  NANCY AJRAM (نـانسي عجـرم)  TAMER HOSNY (تامر حسني) CRY (حزن) Vol. 1