Saturday, July 25, 2009

Kisah Bomoh


Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini....Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan orang lain hancur....nauzubillah...Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh handal tersebut. saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai...bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala. (aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal) saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula. bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya. 'anak ini berniaga kah?' saya menjawab: tidak. saya hanya.......mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan. biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?' Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini. bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar. 'baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-brang ini' lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi. sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup. saya: ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat...'bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan ini?' tanya bomoh tadi. saya: er..Mcdonald dan KFC......Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang dengan saya. katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab. 'Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya tertawa besar) Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu.... moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap mata. 'sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa....hanya mengunakan tipu daya sahaja...dan bagi mereka yang percaya tentang perkara ini...kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi perniagaan dan amanah..InsyaAllah anda semua akan maju..Wallahualam. ...maaf andai ada yang tersinggung dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa...Allahuakbar!

Ceramah Israk Mi'raj

Hari saya telah mengikuti sesi ceramah sempena israk mi'raj yang di sampaikan oleh
Prof.Madya Dr. Mohd Bakhir bin Hj Abdullah (DEKAN KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH,ALOR STAR KEDAH) di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SABAH. setahu saya bila israk mi'raj ini di kenang dan diingati, ceramah yang biasa di sampai kan oleh panel jemputan adalah berkisar tentang sejarah nabi yang di angkat oleh Allah ke langit dalam tempoh satu malam. tetapi malam ini panel jemputan prof Madya Dr Mohd Bakhir telah memberi kelainan sedikit bila menyampaikan sesi ceramah yang bertajuk peranan seorang mukmin yang hidup sebagai mahasiswa di universiti. saya sangat tertarik dengan tajuk yang di pilih oleh beliau kerna sebahagian dari hidup saya juga adalah bergelar seorang pelajar..Antara hal yang beliau sentuh adalah cara pemakaian para pelajar lelaki dan perempuan, adab seorang pelajar islam dan adab ketika belajar di universiti..tapi beliau lebih menyentuh tentang aspek cara pemakaian seorang pelajar islam. ceramah itu berlangsung selepas solat isyak selama satu jam setengah yang di pengerusikan oleh ust bongsu salah seorang warga pendidik di uitm sabah ini. banyak yang saya dapat ketika mendengar ceramah beliau ini antaranya pemakaian seluar pendek hukum nya yang nyata haram kerna mendedahkan aurat dan jikalau seorang muslim itu memberi contoh dan tauladan kepada bukan islam insyaAllah hati nya terbuka untuk bersama sama kita sebagai seorang mukmin bukan sahaja bergelar mukmin tapi mukmin yang muttaqqin. InsyaAllah.


Friday, July 24, 2009

Kota Belud Menagih Janji



Sabah adalah negeri dibawa bayu yang mempunyai keindahan alam yang tersendiri, begitu juga dengan negeri sarawak yang masing-masing mempunyai keindahan alam yang menarik. Tetapi malangnya pembangunan kedua- dua negeri jauh berbeza dengan pembangunan yang terdapat di semenanjung Malaysia. Ini boleh di lihat di sekitar Bandar dan pekan-pekan kecil yang hanyut di telan zaman. Rakyat terutamanya di sabah sangat menantikan pembangunan yang di janjikan setiap pilihan raya bermula. Di tempat kelahiran saya sendiri iaitu di kota belud, semakin teruk pencaturan yang di buat oleh pihak pentadbiran daerah yang langsung menutup mata ketika melihat pembangunan yang tidak seimbang dan kesesakan yang amat teruk setiap hari. pembangunan yang di buat oleh pemaju yang tidak teratur adalah salah satu punca kesesakan. Itu hanya isu tentang kesesakan,belum lagi di kaitkan tentang isu kemudahan di setiap kampung yang sangat diinginkan,yang sangat di impikan oleh penduduk sekitar pekan kota belud,seperti bekalan air paip bersih, pondok telefon, pemparitan yang sempurna dan kemudahan yang lain. pekan kota belud adalah satu-satu nya pekan yang di gunakan dan di kunjungi oleh penduduk tempatan serta pengunjung luar yang berdekatan untuk membeli keperluan harian mereka. Bangunan-bangunan yang lama masih lagi di gunakan sehingga pada satu ketika bangunan yang di perbuat separuh daripada papan telah hangus terbakar, tetapi sehingga kini tiada pembaikan yang di lakukan. Daerah kota belud adalah pekan yang di kenali sebagai pekan koboi dan jelapang padi sabah di seluruh Negara tetapi malangnya pembangunan dan, kemudahan tidak yang sebagaimana di harapkan. Disini saya hanya meyentuh daerah kelahiran saya, agaknya di daerah pedalaman lagi teruk pembangunan serta kemudahan asasnya, seperti pitas,beluran,telupid dan nabawan,sedangkan daerah kota belud pun yang tidak berapa jauh dari pusat Bandar tidak mendapat kemudahan yang secukupnya..ini boleh dibandingkan dengan daerah-daerah semenanjung Malaysia yang mempunyai kemudahan yang jauh lebih maju yang rakyat sabah inginkan dan impikan..pembangunan dan kemudahan disekitar daerah semenanjung jauh lebih baik daripada daerah-daerah yang terdapat di sabah..ini boleh di katakan sabah dan Sarawak seperti diperanak tirikan oleh kerajaan.adakah kita perlu salahkan kerajaan atau rakyat itu sendiri dalam isu pembangunan sedangkan setiap pilihan raya negeri sabah adalah salah satu kubu kuat kerajaan selain di semenanjung Malaysia.. kemana janji-janji pilihan raya???bak kata pepatah habis madu sepah dibuang…fikirkan lah………

Konsert Antara Dunia 09



Konsert Antara Dunia atau nama ringkasnya (KAD ‘09) btelah mendapat liputan meluas daripada pihak media. Antara media yang sudi untuk menerbitkan artikel tentang KAD ‘09 adalah akhbar harian Metro.

Mymetro-Konsert anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) dengan kerjasama Rabbani Productions (M) Sdn Bhd (Rabbani) ini turut mengundang band nasyid dari Indonesia, kumpulan Shoutul Harokah yang tidak asing di kalangan peminat irama nasyid di sana.

sama-sama kita saksikan kemunculannya..

Sunday, July 19, 2009

Solehah Perhiasan Dunia


Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita soleha..

wanita..

engkaulah permaisuri segala perhaisan dunia, rindu mu pada sendu dikala sujud mu
ketenangan mu ada pada malam hari yang di hiasi airmata blia mengenang dosa mu
bibir mu basah dengan zikrullah dan kalamullah, makhota perhiasan mu adalah malu
untuk berada dalam keadaan yang murkai Allah..

Wanita..

Dengan kecantikan mu engkau elok daripada sang matahari, dengan akhlak mu
engkau lebih wangi daripada haruman bunga, dengan rendah hati mu, engkau
lebih tinggi dari rembulan dengan kelembutanmu, engkau lebih lembut daripada
rintik hujan..



Download Nasyid From MyNasyidOnline

By Groups:
ADIKKU SAYANG ADI PUTRA AEMAN (أيمن) AHMED BUKHATIR (أحمد بخاطر)AKADEMI NASYID  AKBAR  AKHIL HAYY  ALARM ME ALGEBRA  ●AL-JAWAHER (الجواهر) AL-MIZAN (الميزان) ALL ONE  ALL FOR UMMAH  ●ALIFF ILA YA (ألف إلى ياء) AL-ANWAR (الأنوار)AL-WADI (AL-AZHAR STUDENTS, EGYPT)   AMAL AMAR  AMIEN  AS-SHOFF (AL-AZHAR UNIVERSITY' STUDENTS, EGYPT)  AN-NAURAH (النورة) AURA BROTHERS  CHEB ALI  ●DA'IE NADA  ●DALIDA (Arab Singer)  DEVOTEES DE HEARTY DIWANI DJ ErwanDMENC DURANI EXIST FAR EAST FAIRUZ (Arab Singer) FIRDAUS (فردوس) HADDAD ALWI & SULIS HAFIZ HAMIDUNHAIKAL (هيكل)  HIJJAZ (حجازIMAD  INTEAM IRA IRSYADEE JEFRI AL BUCHORI KOPRATASA LA KHAUF (لا خوف)   MAWADDAH (مودةMAWI   MESTICA  MESUT KURTIS (مسعود كرتس)  MARSHANDA MIRWANA  MU'ADZ (معاذ) MUSTIKA MUHAMMAD AL-HUSAYAN (الحسيان)  NADA MURNI (AL-ARQAM)  NADA MURNI - Nostalgia  NAFAS NAZREY (Ex-RAIHAN) NATIVE DEEN  NETTA KD & DANIL  NEW SAKHA NICE NOW SEE HEART NUR IRSYAD (نور إرشادOPICK QATRUNADA (قطر الندى) RABBANI (رباني)  RAIHAN (ريحانRAST  RUSYDAN SAFF ONE SAMI YUSUF SAUJANA   SHOUTUL AMAL  SNADA  SOUTUL MUJAHIDEEN (صوت المجاهدين) STAR FIVE SUARA FIRDAUS SUARA HATI  SUARA TAJDID  SUHAIMI SYIFA (شفاءUNGU  UNIC WADI EL-JADID  WAHEEDA  WARISAN  WILDAN  YASMIN AL-KHAYYAM  (ياسمين الخيامYASIN YUSUF ISLAM  (يوسف إسلامZAHRAN ZAIN BIKHA  ZIKRAA (ذكرى) ZUBIR ALI  ZULFAN OTHERS

By Themes:
HARI GURU  RAMADHAN (رمضان)  RAMADHAN 2 (رمضان)

Arab:
AMRU DIAB (عمرو دياب) HISHAM ABBAS (هشام عباس) PASCALE MASYALANI (بسكال مشعلاني) NAJWA KARAM (نجوى كرم) DIANA HADDAD (ديانا حداد) FIRQAH THUYUUR AL-JANNAH (فرقة طيور الجنة ) RAMY GAMAL   DANYA YUSOF (دانيا يوسف)  NANCY AJRAM (نـانسي عجـرم)  TAMER HOSNY (تامر حسني) CRY (حزن) Vol. 1