Thursday, July 16, 2009

Pergaulan Bebas Hampiri Zina


PENYIMPANGAN dan masalah seksual, khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh.Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "...dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk."Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai satu nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga binatang dan tumbuh-tumbuhan.Memang patut kalau manusia ghairah seks atau berasa hendak melampiaskan keinginan seksual itu. Allah tidak melarang manusia melampiaskan hawa nafsunya selama mana cara yang dihalalkan, pada saat yang tidak terlarang dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Nabi s.a.w seakan tidak mengaku umat terhadap mereka yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi meninggalkannya.Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya berbunyi: "Sesiapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin), maka dia bukan dari kalanganku."
Ikatan pernikahan adalah jalan yang halal dan diiktiraf syarak untuk melepaskan kemahuan seks. Ini bererti orang yang belum berkahwin jangan cuba-cuba melepaskan seksnya.Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual, iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan 'jangan kamu hampiri zina.' Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram. Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.Bayi yang tidak berdosa ditemui mati di timbunan sampah, dengan perut terburai dimakan sekumpulan anjing liar. Sudahlah berzina, amat jijik pula kezaliman terhadap bayi yang tidak tahu apa-apa.



Oleh itu, pergaulan bebas, berdua-duaan, berpimpin tangan, rapat-merapati dan berhimpit di atas motosikal adalah faktor permulaan yang kuat mendorong ke arah penyimpangan seksual.Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.

Maksud hadis: "Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, "sesungguhnya aku takut kepada Allah."

Pendidikan seks menurut Barat amat berbeza dengan Islam, agama yang sangat suci ini. Masyarakat remaja Barat yang sangat bebas serta serba tidak terkawal itu hanya mengajar bagaimana mencegah supaya jangan berlaku kehamilan. Seks adalah hak peribadi yang tidak terlarang bagi mereka.Bagi mereka hamil di kalangan remaja berlaku kerana remaja tidak tahu mengenai seks selamat, bukannya hendak berfikir mengenai salahnya berzina itu.Pendidikan seks dalam Islam mendidik remaja bukan saja supaya tidak berzina tetapi juga supaya menjauhi sebab dan segala pendorong perzinaan.Sebab itu mendidik mengenai syurga neraka supaya umat Islam gerun terhadap ancaman neraka dan akhirnya menolak nikmat sementara supaya terselamat api neraka yang membakar selamanya.

Langkah pencegahan menurut Islam ialah:
• Jaga pandangan mata dengan tidak melihat aurat jantina berlainan termasuk gambar serta filem pornografi.
• Tidak berdua-duaan lelaki dan wanita yang bukan mahram di tempat sunyi.
• Tidak bersentuhan kulit antara lelaki wanita termasuk bersalaman.
• Tidak bergaul bebas lelaki wanita tanpa batas

Download Nasyid From MyNasyidOnline

By Groups:
ADIKKU SAYANG ADI PUTRA AEMAN (أيمن) AHMED BUKHATIR (أحمد بخاطر)AKADEMI NASYID  AKBAR  AKHIL HAYY  ALARM ME ALGEBRA  ●AL-JAWAHER (الجواهر) AL-MIZAN (الميزان) ALL ONE  ALL FOR UMMAH  ●ALIFF ILA YA (ألف إلى ياء) AL-ANWAR (الأنوار)AL-WADI (AL-AZHAR STUDENTS, EGYPT)   AMAL AMAR  AMIEN  AS-SHOFF (AL-AZHAR UNIVERSITY' STUDENTS, EGYPT)  AN-NAURAH (النورة) AURA BROTHERS  CHEB ALI  ●DA'IE NADA  ●DALIDA (Arab Singer)  DEVOTEES DE HEARTY DIWANI DJ ErwanDMENC DURANI EXIST FAR EAST FAIRUZ (Arab Singer) FIRDAUS (فردوس) HADDAD ALWI & SULIS HAFIZ HAMIDUNHAIKAL (هيكل)  HIJJAZ (حجازIMAD  INTEAM IRA IRSYADEE JEFRI AL BUCHORI KOPRATASA LA KHAUF (لا خوف)   MAWADDAH (مودةMAWI   MESTICA  MESUT KURTIS (مسعود كرتس)  MARSHANDA MIRWANA  MU'ADZ (معاذ) MUSTIKA MUHAMMAD AL-HUSAYAN (الحسيان)  NADA MURNI (AL-ARQAM)  NADA MURNI - Nostalgia  NAFAS NAZREY (Ex-RAIHAN) NATIVE DEEN  NETTA KD & DANIL  NEW SAKHA NICE NOW SEE HEART NUR IRSYAD (نور إرشادOPICK QATRUNADA (قطر الندى) RABBANI (رباني)  RAIHAN (ريحانRAST  RUSYDAN SAFF ONE SAMI YUSUF SAUJANA   SHOUTUL AMAL  SNADA  SOUTUL MUJAHIDEEN (صوت المجاهدين) STAR FIVE SUARA FIRDAUS SUARA HATI  SUARA TAJDID  SUHAIMI SYIFA (شفاءUNGU  UNIC WADI EL-JADID  WAHEEDA  WARISAN  WILDAN  YASMIN AL-KHAYYAM  (ياسمين الخيامYASIN YUSUF ISLAM  (يوسف إسلامZAHRAN ZAIN BIKHA  ZIKRAA (ذكرى) ZUBIR ALI  ZULFAN OTHERS

By Themes:
HARI GURU  RAMADHAN (رمضان)  RAMADHAN 2 (رمضان)

Arab:
AMRU DIAB (عمرو دياب) HISHAM ABBAS (هشام عباس) PASCALE MASYALANI (بسكال مشعلاني) NAJWA KARAM (نجوى كرم) DIANA HADDAD (ديانا حداد) FIRQAH THUYUUR AL-JANNAH (فرقة طيور الجنة ) RAMY GAMAL   DANYA YUSOF (دانيا يوسف)  NANCY AJRAM (نـانسي عجـرم)  TAMER HOSNY (تامر حسني) CRY (حزن) Vol. 1