Saturday, July 25, 2009

Kisah Bomoh


Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini....Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan orang lain hancur....nauzubillah...Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh handal tersebut. saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai...bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala. (aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal) saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula. bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya. 'anak ini berniaga kah?' saya menjawab: tidak. saya hanya.......mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan. biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?' Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini. bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar. 'baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-brang ini' lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi. sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup. saya: ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat...'bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan ini?' tanya bomoh tadi. saya: er..Mcdonald dan KFC......Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang dengan saya. katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab. 'Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya tertawa besar) Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu.... moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap mata. 'sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa....hanya mengunakan tipu daya sahaja...dan bagi mereka yang percaya tentang perkara ini...kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi perniagaan dan amanah..InsyaAllah anda semua akan maju..Wallahualam. ...maaf andai ada yang tersinggung dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa...Allahuakbar!

No comments:

Download Nasyid From MyNasyidOnline

By Groups:
ADIKKU SAYANG ADI PUTRA AEMAN (أيمن) AHMED BUKHATIR (أحمد بخاطر)AKADEMI NASYID  AKBAR  AKHIL HAYY  ALARM ME ALGEBRA  ●AL-JAWAHER (الجواهر) AL-MIZAN (الميزان) ALL ONE  ALL FOR UMMAH  ●ALIFF ILA YA (ألف إلى ياء) AL-ANWAR (الأنوار)AL-WADI (AL-AZHAR STUDENTS, EGYPT)   AMAL AMAR  AMIEN  AS-SHOFF (AL-AZHAR UNIVERSITY' STUDENTS, EGYPT)  AN-NAURAH (النورة) AURA BROTHERS  CHEB ALI  ●DA'IE NADA  ●DALIDA (Arab Singer)  DEVOTEES DE HEARTY DIWANI DJ ErwanDMENC DURANI EXIST FAR EAST FAIRUZ (Arab Singer) FIRDAUS (فردوس) HADDAD ALWI & SULIS HAFIZ HAMIDUNHAIKAL (هيكل)  HIJJAZ (حجازIMAD  INTEAM IRA IRSYADEE JEFRI AL BUCHORI KOPRATASA LA KHAUF (لا خوف)   MAWADDAH (مودةMAWI   MESTICA  MESUT KURTIS (مسعود كرتس)  MARSHANDA MIRWANA  MU'ADZ (معاذ) MUSTIKA MUHAMMAD AL-HUSAYAN (الحسيان)  NADA MURNI (AL-ARQAM)  NADA MURNI - Nostalgia  NAFAS NAZREY (Ex-RAIHAN) NATIVE DEEN  NETTA KD & DANIL  NEW SAKHA NICE NOW SEE HEART NUR IRSYAD (نور إرشادOPICK QATRUNADA (قطر الندى) RABBANI (رباني)  RAIHAN (ريحانRAST  RUSYDAN SAFF ONE SAMI YUSUF SAUJANA   SHOUTUL AMAL  SNADA  SOUTUL MUJAHIDEEN (صوت المجاهدين) STAR FIVE SUARA FIRDAUS SUARA HATI  SUARA TAJDID  SUHAIMI SYIFA (شفاءUNGU  UNIC WADI EL-JADID  WAHEEDA  WARISAN  WILDAN  YASMIN AL-KHAYYAM  (ياسمين الخيامYASIN YUSUF ISLAM  (يوسف إسلامZAHRAN ZAIN BIKHA  ZIKRAA (ذكرى) ZUBIR ALI  ZULFAN OTHERS

By Themes:
HARI GURU  RAMADHAN (رمضان)  RAMADHAN 2 (رمضان)

Arab:
AMRU DIAB (عمرو دياب) HISHAM ABBAS (هشام عباس) PASCALE MASYALANI (بسكال مشعلاني) NAJWA KARAM (نجوى كرم) DIANA HADDAD (ديانا حداد) FIRQAH THUYUUR AL-JANNAH (فرقة طيور الجنة ) RAMY GAMAL   DANYA YUSOF (دانيا يوسف)  NANCY AJRAM (نـانسي عجـرم)  TAMER HOSNY (تامر حسني) CRY (حزن) Vol. 1